Tujuh Tips Temuduga Polis Wajib Anda Tahu

cikgu khairul temuduga polis
oleh Cikgu Khairul

Anda mencari tips temuduga polis? Jika ya, artikel ini adalah artikel yang boleh menjawab pertanyaan anda itu.

7 Tips Temuduga Polis

Secara asasnya, terdapat tujuh tips temuduga polis yang boleh anda praktiskan. Antara tujuh tips itu ialah:

  • Kena buat kajian bidang tugas polis.
  • Kena tahu isu semasa tentang hal kepolisan.
  • Kena bersedia untuk menghadapi latihan.
  • Kena jaga keterampilan diri.
  • Kena aktifkan diri anda.
  • Kena tingkatkan integriti dalam diri.
  • Kena buat latihan simulasi temuduga.

1. Kena Buat Kajian Bidang Tugas Polis.

Biasanya kita akan nampak tugas polis ini selalunya buat rondaan, buat sekatan jalan raya, dan buat penangkapan. Tapi skop tugas sebenar anggota polis tidak terhad kepada tugas itu sahaja. 

Setiap pangkat mempunyai pengkhususan tugas mereka masing-masing. Setiap pangkat ada skop tugas mereka sendiri, dan ia berbeza dengan pangkat yang lain.

Contohnya tugas pangkat sarjan tidak akan sama dengan tugas pangkat inspektor. Anda wajib tahu membezakan skop tugas ini agar panel nampak anda ada buat kajian pasal skop tugas jawatan.

2. Kena Tahu Isu Semasa Tentang Hal Kepolisan.

Untuk menjadi seorang pegawai polis, anda perlu peka dengan isu-isu semasa. Terutama isu-isu hangat yang berkaitan dengan kepolisan. Anda perlu ambil tahu isu-isu jenayah yang menjadi tumpuan dalam tempoh tiga bulan kebelakangan ini. 

Kepekaan ini dapat menunjukkan kesedaran anda terhadap cabaran dan realiti semasa dalam bidang kepolisan.

Psss..  Saya ada sediakan koleksi soalan dan skrip jawapan berkaitan isu semasa. Nanti anda boleh baca dalam ebook 100 soalan temuduga polis.

3. Kena Bersedia Untuk Menghadapi Latihan.

Anda perlu bersiap sedia dari segi fizikal dan mental untuk latihan polis yang mencabar. 

Panel temuduga mungkin akan bertanya soalan, “Adakah awak sudah bersedia untuk menjalani latihan polis yang mencabar kelak?”

Anda perlu tunjukkan keyakinan menjawab bahawa anda sudah bersedia daripada segi fizikal dan mental untuk menjalani latihan tersebut. 

4. Kena Jaga Keterampilan Diri.

Penampilan diri anda semasa temuduga harus mencerminkan profesionalisme dan keseriusan. Bermula dari anda berjalan masuk ke bilik temuduga, daripada situ panel mula menilai anda. 

Berpakaian seperti calon pelatih polis, kemeja putih, seluar hitam, kasut hitam, dan tali leher hitam. Rambut pula perlu kemas dan pendek. 

Hanya tengok cara anda memberi salam sekalipun memberi gambaran kepada panel tentang karakter diri anda. Kena ada ketegasan, dalam masa yang sama kena ada sifat mesra. 

Dengan keterampilan diri ini akan diperhatikan oleh panel sama ada anda ini sesuai atau tidak untuk menjadi seorang anggota polis.

5. Kena Aktifkan Diri Anda.

Sebagai anggota polis, tugas anda akan selalu berinteraksi dengan masyarakat secara langsung. Jadi, aktif dalam persatuan atau kelab boleh menjadi satu kelebihan kepada anda untuk lulus dalam temuduga polis ini. 

Sebagai contoh, anda boleh aktif dalam Persatuan Rukun Tetangga di kawasan tempat tinggal anda. Ceritakan kepada panel temuduga agar mereka tahu kemahiran interaksi sosial yang wujud dalam diri anda.

6. Kena Tingkatkan Integriti Dalam Diri.

Integriti merupakan asas dalam perkhidmatan polis. Anda perlu menunjukkan ketaatan dan komitmen kepada negara dan jabatan. 

Sebagai anggota polis, anda diberi tanggungjawab untuk menangani isu-isu dalam masyarakat seperti jenayah. Tanpa integriti yang tinggi, anda mungkin mudah dipergunakan oleh pihak-pihak yang mempunyai kepentingan peribadi.

7. Kena Buat Latihan Simulasi Temuduga.

Mulakan latihan simulasi temuduga sebaik sahaja anda menerima panggilan temuduga. Bermula dari cara anda mengetuk pintu bilik temuduga, cara berjalan masuk ke bilik temuduga, serta penyampaian dokumen kepada panel. 

Sehinggalah cara anda menjawab setiap soalan yang diajukan oleh panel temuduga. Tunjukkan diri anda sudah membuat persediaan yang rapi untuk sesi temuduga ini.

Dengan adanya simulasi ini, ia dapat membantu mengurangkan rasa kekok dan meningkatkan keyakinan anda pada hari temuduga.

Koleksi Soalan Temuduga Polis.

Saya ada sediakan 100 soalan temuduga yang pernah ditanya dalam sesi temuduga sebelum ini. Setiap soalan disertakan skrip jawapan yang mencerminkan seorang pegawai polis yang sebenar.

Sila klik butang di bawah untuk download ebook.

Ps.. Anda ada pertanyaan tips temuduga polis? Sila tinggalkan soalan di bawah ini. Dengan sepantas kilat saya akan menjawab pertanyaan itu.

2 thoughts on “Tujuh Tips Temuduga Polis Wajib Anda Tahu”

    1. Semua pakaian sesuai, dan tak ada pakaian khusus pun yang wajib dipakai untuk menghadiri sesi temuduga polis. Gaya pemakaian sama jer dengan jawatan2 kerajaan yang lain. Kena kemas dan sopan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.

The reCAPTCHA verification period has expired. Please reload the page.

Scroll to Top