100+ Soalan Temuduga Polis Dan Skrip Jawapan

cikgu khairul temuduga polis
oleh Cikgu Khairul

Soalan Temuduga Polis – Adakah anda sedang mencari soalan untuk soalan temuduga polis? Jika ya, anda telah tiba di blog yang betul.

Pertama sekali, izinkan saya memperkenalkan diri saya. Nama saya Cikgu Khairul, dan saya berpengalaman membimbing calon temuduga polis untuk lulus dalam jawatan yang diimpikan.

Apa-apapun, tahniah kerana anda telah berjaya melepasi ujian fizikal dan ujian SPIER yang diadakan baru-baru ini. Gunakan peluang ini sebaik mungkin, ingat tidak semua calon bernasib baik untuk berjaya sampai ke peringkat temuduga.

4 Topik Soalan Temuduga Polis

Lazimnya, apakah soalan yang sering ditanya oleh panel dalam sesi temuduga polis? Adakah anda mempunyai sebarang maklumat pasal ini?

Secara amnya, panel temuduga polis akan memfokuskan kepada empat topik utama apabila bertanyakan soalan kepada calon. Empat topik tersebut ialah:

  • Soalan tentang diri anda.
  • Soalan berkaitan jawatan.
  • Soalan berkaitan kementerian dan PDRM.
  • Soalan berkaitan isu semasa.
topik 1 soalan temuduga polis

Soalan Tentang Diri Anda

Dalam mana-mana sesi temuduga, termasuk untuk jawatan polis, soalan pertama yang biasanya ditanya oleh panel temuduga adalah mengenai perkenalan diri.

Anda mungkin bertanya, kenapa soalan ini kerap ditanya sedangkan semua maklumat tentang calon sudah tertera dalam resume? Apakah yang panel temuduga ingin nilai sebenarnya?

Sebenarnya, soalan ini bertujuan untuk menguji kemahiran komunikasi dan tahap keyakinan calon. Melalui cara anda memperkenalkan diri, panel temuduga dapat menilai keupayaan anda berinteraksi dan berkomunikasi dengan yakin di hadapan orang lain.

“Sila perkenalkan diri awak”, minta panel temuduga.

Di bawah ini merupakan skrip jawapan yang boleh anda gunakan untuk menjawab soalan ini.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Nama saya Izzat bin Ismail berasal dari Kuantan, Pahang. Saya menerima pendidikan awal di SMK Seri Pekan dan melanjutkan pendidikan ke peringkat (sijil/diploma/ijazah).

Walaupun kecemerlangan akademik adalah salah satu kelebihan saya, saya juga aktif dalam pelbagai aktiviti kokurikulum di sekolah saya dulu.

Saya memiliki minat yang mendalam dalam aktiviti sosial dan kegiatan luar kelas kerana ia membentuk keperibadian dan keterampilan saya.

Dengan sikap berdisiplin dan amanah yang saya miliki, saya yakin saya dapat melaksanakan tanggung jawab dengan baik dalam jawatan ini.

Tip menjawab: Fokuskan jawapan anda pada tanggungjawab seorang anggota polis. Memandangkan tugas polis sering melibatkan operasi serbuan, anda boleh menekankan kecenderungan anda dalam aktiviti luar atau kemasyarakatan.

Selepas anda memperkenalkan diri dan panel mendengar jawapan anda, mereka biasanya ingin mengetahui perkembangan terkini tentang diri anda.

“Apakah kerja sementara yang awak lakukan sebelum ini?”, tanya panel temuduga.

Selepas menamatkan peperiksaan SPM, saya berkesempatan bekerja sebagai juruwang di kedai milik pakcik saya.

Selama di sana, saya mengasah kemahiran berkomunikasi dengan pelbagai jenis pelanggan, memupuk kesabaran dalam menangani karenah mereka, serta mendapatkan pengalaman dalam membuat keputusan yang tepat dan pantas.

Saya yakin, pengalaman ini memberikan asas yang kuat bagi saya untuk berinteraksi dan berurusan dengan masyarakat dengan lebih efisien.

Dan saya percaya pengalaman ini amat berguna untuk menjadi anggota polis ini.

Tip menjawab: Cubalah untuk menghubungkan pengalaman kerja yang anda miliki dengan kegunaannya dalam peranan sebagai seorang anggota polis.

Anda juga harus menunjukkan rasa keselesaan anda terhadap soalan yang ditanya.

Cara matang anda dalam menjawab soalan akan menunjukkan bagaimana anda akan berinteraksi di masa hadapan.

topik 2 soalan temuduga polis

Soalan Berkaitan Jawatan.

Berdasarkan maklum balas dari calon temuduga sebelum ini, dia mengatakan panel cuba menanyakan sebab dia berminat dalam jawatan dalam polis.

“Boleh saya tahu kenapa awak berminat dengan jawatan polis ni?”, tanya panel temuduga.

Saya berminat dengan jawatan polis di PDRM kerana saya mempunyai keinginan yang mendalam untuk berkhidmat kepada masyarakat dan negara. 

Saya percaya menjadi anggota polis bukan hanya tentang menegakkan undang-undang, tetapi juga tentang menjadi pelindung kepada orang awam. 

Saya ingin menjadi sebahagian daripada pasukan ini untuk memastikan keselamatan dan keamanan masyarakat, serta membantu mereka yang memerlukan.

Namun, perlu diingat bahawa pertanyaan daripada panel tidak akan terhad kepada soalan tersebut sahaja.

Apabila ditanya mengenai minat, sesiapa sahaja boleh mendakwa bahawa mereka sangat berminat. Namun, seberapa dalamkah minat seseorang itu? Atau adakah minat itu hanya dibuat-buat?

Soalan seterusnya yang akan ditanya oleh panel adalah mengenai skop kerja bagi jawatan yang dipohon.

Pastikan anda tahu jawapannya. Ini kerana, respons anda akan menunjukkan sejauh mana kesungguhan anda terhadap jawatan tersebut.

“Sebagai seorang polis, apa tugas awak?”, tanya panel temuduga.

Sebagai seorang anggota polis di PDRM, tugas utama saya adalah untuk menegakkan undang-undang dan memastikan keselamatan dan keamanan masyarakat. Ini termasuklah bertindak balas terhadap panggilan kecemasan, melakukan rondaan, dan menyiasat jenayah. 

Saya juga bertanggungjawab untuk mengumpul bukti, menyediakan laporan kes, dan bekerjasama dengan pihak berkuasa lain dalam penyelesaian kes.

Selain itu, saya akan terlibat dalam aktiviti pencegahan jenayah, seperti memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai langkah-langkah keselamatan, dan bekerjasama dengan komuniti untuk mengidentifikasi dan menangani masalah keselamatan awam.

Biasanya, ramai calon terkandas dalam temuduga polis kerana mereka kurang pengetahuan tentang skop kerja yang perlu mereka lakukan.

Minat terhadap jawatan itu memang penting, tetapi minat semata-mata tidak mencukupi untuk menilai keseriusan seseorang terhadap jawatan tersebut. Ketidaktahuan tentang skop kerja menunjukkan ketidakseriusan calon terhadap jawatan yang diminati.

Selain itu, terdapat beberapa soalan yang sering ditanya dalam sesi temuduga seperti:

  • Apa persediaan yang awak baca sebelum hadir temuduga?
  • Apa yang awak faham dengan tugas seorang anggota polis?
  • Awak rasa apa ciri-ciri yang ada dalam diri awak sehingga awak rasa layak untuk jawatan ini?
  • Awak asal di semenanjung kan? Awak sanggup tak dihantar bertugas di Sabah dan Sarawak? Saya difahamkan ada banyak kekosongan di sana.
topik 3 soalan temuduga polis

Soalan Berkaitan Kementerian Dan PDRM

Selain soalan berkaitan dengan jawatan, soalan mengenai pengetahuan tentang kementerian dan jabatan juga kerap ditanya.

Adalah penting untuk anda memahami visi dan misi Polis Diraja Malaysia (PDRM), asal-usul penubuhannya, kementerian mana yang mengawalselia PDRM, serta akta-akta yang berkaitan dengan PDRM.

Antara soalan yang popular ditanya berkaitan dengan topik ini ialah, “Apakah visi dan misi PDRM?”, tanya panel temuduga.

Visi Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah ‘Peneraju Keselamatan Bagi Mengekalkan Malaysia Selamat dan Aman’. Visi ini menekankan peranan penting PDRM sebagai pemimpin dalam aspek keselamatan, dengan tujuan utama untuk memastikan Malaysia kekal sebagai sebuah negara yang selamat dan aman untuk semua warganya.

Sementara itu, misi PDRM adalah ‘Memberi Perkhidmatan Kepolisan yang Profesional, Berkualiti dan Berintegriti ke Arah Keselamatan dan Ketenteraman Awam’. Misi ini menggariskan komitmen PDRM untuk menyediakan perkhidmatan kepolisan yang tidak hanya efektif dalam menangani jenayah dan isu keselamatan, tetapi juga dilaksanakan dengan profesionalisme, kualiti, dan integriti yang tinggi.

Selain daripada bertanyakan soalan berkaitan visi dan misi, panel juga suka bertanyakan tentang sejarah bagaimana tertubuhnya PDRM.

“Boleh awak ceritakan sedikit sejarah yang awak tahu tentang sistem PDRM?”, tanya panel temuduga.

Sebagai calon temuduga, anda wajib tahu tentang sejarah penubuhan PDRM, bermula daripada zaman kesultanan melayu. 

Sejarah kepolisan di Malaysia bermula dengan termaktubnya Piagam Keadilan di Pulau Pinang pada 1807. Sungguhpun demikian, peranan kepolisan telah bermula sejak awal lagi, iaitu pada zaman kesultanan Melayu di mana wujudnya undang-undang dan penguatkuasaan undang-undang tersebut.

Undang-undang yang wujud pada zaman tersebut lebih menjurus kepada undang-undang adat ataupun undang-undang syariah sementara penguatkuasaan dijalankan oleh institusi Temenggong serta para hulubalang.

Sebelum ini, ada calon temuduga yang memberitahu bahawa panel temuduga ada menyoal mereka tentang asal-usul penggunaan istilah ‘Diraja’ dalam PDRM. Penting untuk anda mengetahui jawapannya kerana soalan ini berkaitan dengan sejarah pembentukan PDRM.

“Bagaimana perkataan ‘Diraja’ boleh ada dalam PDRM? Boleh awak ceritakan kepada saya bagaimana perkara ini boleh berlaku?”, pinta panel temuduga.

Selain itu, antara soalan lain yang selalunya panel temuduga tanya ialah:

  • PDRM di bawah kementerian apa?
  • Selain PDRM, apa lagi jabatan atau agensi di bawah kementerian itu?
  • Apakah peranan PDRM yang awak tahu?
  • Bagaimana PDRM mendapat kuasa dalam menegakkan undang-undang? Boleh awak ceritakan kepada saya?
  • Awak tahu tak bila sambutan Hari Polis peringkat kebangsaan?
  • Apa pendapat awak tentang sambutan Hari Polis? Penting sangat ke sambutan ini?
  • Apa akta PDRM yang awak tahu?
  • Boleh awak huraikan salah satu daripada akta itu?
topik 4 soalan temuduga polis

Soalan Isu Semasa.

Isu rasuah sering dikaitkan dengan pihak berkuasa, termasuk anggota polisi. Berdasarkan laporan media, sering kali terdapat kes melibatkan pegawai polis dalam rasuah.

Statistik dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menunjukkan bahawa sektor penguatkuasaan undang-undang mempunyai risiko paling tinggi terhadap aktiviti rasuah.

Berdasarkan pengalaman calon temuduga sebelum ini, panel temuduga sering menanyakan soalan mengenai rasuah. Sebagai calon, anda harus bersiap sedia untuk menjawab soalan berkaitan topik ini.

“Apa yang awak faham dengan hadiah? Adakah hadiah dikategorikan sebagai suapan?”, tanya panel temuduga.

Dalam pemahaman saya, hadiah adalah segala jenis bentuk pemberian tanpa mengharapkan balasan daripada pemberi hadiah. Hadiah boleh jadi dalam bentuk wang, kenderaan, komisen, cenderamata.

Sekiranya pemberi hadiah mengharapkan balasan di atas pemberian hadiah, ketika ini segala pemberian ini dikategorikan sebagai suapan.

Panel temuduga sering menggunakan soalan berbentuk situasi. Ini adalah untuk menguji kefahaman anda tentang rasuah dan sama ada anda benar-benar memahami konsep tersebut atau tidak.

“Bayangkan awak berada dalam suatu majlis, penganjur cuba memberi hadiah kepada awak di hadapan hadirin. Adakah awak akan terima hadiah tersebut? Jelaskan kenapa”, tanya panel temuduga.

Untuk makluman anda, soalan yang berkaitan dengan rasuah ini termasuk dalam kategori soalan yang menguji keupayaan berfikir. Sekiranya anda pandai mengaitkan nilai integriti dengan fakta, anda akan dapati mudah untuk menjawab soalan sebegini.

Selain itu, antara soalan lain yang selalunya panel temuduga tanya ialah:

  • Baru-baru ini ada kes pegawai polis melanggar seorang pelajar sekolah sehingga maut. Ramai netizen mahukan anggota ini dijatuhkan hukuman berat hingga ada yang mahukan anggota ini dikenakan hukuman gantung. Apa pendapat awak?
  • Apabila ada kes jenayah berkaitan dengan anggota polis, masyarakat sering menuduh berlakunya ‘double standard’. Contohnya bagi layanan istimewa, sepatutnya bersalah tapi terlepas daripada kesalahan. Apa pendapat awak tentang isu ini?
  • Apa pendapat awak tentang kes pencerobohan tanah kerajaan untuk tujuan pertanian? Seperti mana yang berlaku di Raub. Terdapat pencerobohan tanah kerajaan untuk tujuan penanaman durian Musang King

Koleksi Soalan Temuduga Polis

Jika anda berminat untuk mendapatkan lebih banyak soalan temuduga polis berserta dengan jawapan yang lengkap, saya sangat syorkan anda untuk membaca koleksi 100 soalan temuduga polis yang tersedia ini.

Sila klik butang di bawah untuk download ebook.

Kesemua soalan yang saya kongsikan di atas ini ada di dalam ebook ini. Setiap soalan lengkap dengan skrip jawapan. 

Semoga Bermanfaat.

Semoga perkongsian mengenai soalan temuduga polis ini dapat memberi manfaat untuk persediaan temuduga anda kelak.

Saya berdoa agar anda dapat hadir dengan tenang dan penuh keyakinan pada sesi temuduga tersebut. Amin.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.

The reCAPTCHA verification period has expired. Please reload the page.

Scroll to Top