Soalan isu semasa adalah antara soalan killer dalam sesi temuduga polis. Ini disebabkan soalan ini bersifat fakta. Jika anda tersilap jawab, itu akan memberi impression yang buruk kepada panel temuduga terhadap diri anda.
Apa agaknya cara yang paling sesuai untuk menjawab soalan isu semasa dalam temdugua polis? Anda ada idea tak?
Secara asasnya, terdapat enam perkara perlu anda masukkan dalam skrip jawapan anda. Antaranya ialah:
Di bawah ini pula merupakan contoh skrip cara menjawab soalan isu semasa dalam temuduga polis, yang boleh anda praktiskan.
Untuk skrip jawapan ini, saya menggunakan isu tentang pencerobohan tanah kerajaan untuk tujuan pertanian sebagai isu semasa.
“Apa pendapat anda tentang kes pencerobohan tanah kerajaan untuk tujuan pertanian? Seperti mana yang berlaku di Raub. Terdapat pencerobohan tanah kerajaan untuk tujuan penanaman durian Musang King”, tanya panel temuduga.
Skrip jawapan:
Sebagai bakal calon polis, saya berpandangan serius terhadap isu pencerobohan ini. Ia jelas melanggar undang-undang seperti Kanun Tanah Negara, Akta Perhutanan Negara malah arahan mahkamah. Perbuatan ini mencabar kedaulatan undang-undang dan autoriti kerajaan.
Kesan pencerobohan ini sudah pasti memberi impak negatif kepada alam semula jadi. Pembinaan parit dan penebangan pokok yang dilakukan memusnahkan ekosistem hutan dan mengancam habitat hidupan liar. Kemusnahan alam sekitar ini tidak boleh dipandang ringan.
Tindakan tegas perlu dikenakan terhadap sesiapa sahaja yang melanggar undang-undang, tanpa mengira latar belakang atau status mereka. Undang-undang adalah untuk semua dan mesti dipatuhi. Pesalah harus berdepan dengan hukuman setimpal atas kesalahan mereka.
Kerjasama erat antara PDRM, Jabatan Perhutanan dan lain-lain agensi membolehkan tindakan menyeluruh dan efektif diambil. Penggemblengan kepakaran dan sumber dari pelbagai pihak adalah kunci untuk memerangi aktiviti haram seperti ini.
Selain tindakan undang-undang, saya percaya pendidikan kepada masyarakat adalah penting. Orang ramai perlu disedarkan tentang kepentingan memelihara tanah kerajaan dan hutan simpan.
Program kesedaran awam yang berkesan boleh memupuk sikap bertanggungjawab dan cinta akan alam sekitar. Ini dapat mencegah perbuatan pencerobohan di masa hadapan.
Ada banyak lagi soalan dan skrip jawapan seperti ini dalam ebook Temuduga Polis. Setiap skrip jawapan dalam ebook ini ditulis berdasarkan kepada personaliti anggota polis yang sebenar.
Sila klik butang di bawah untuk download ebook.
Ps.. Anda masih ada pertanyaan tentang isu semasa temuduga PDRM? Sila tinggalkan soalan di bawah ini. Dengan sepantas kilat saya akan menjawab pertanyaan itu.