Pengalaman Temuduga Polis Pernah Dikongsikan Calon

cikgu khairul temuduga polis
oleh Cikgu Khairul

Anda nak tahu pengalaman temuduga polis? Jom saya kongsikan kepada anda pengalaman temuduga yang pernah dikongsikan oleh calon sendiri ketika temuduga sebelum ini.

Pengalaman Temuduga Polis

Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman sebenar yang dikongsikan calon. Terdapat tiga perkara utama cuba ditekankan oleh calon ini ketika menghadiri temuduga polis, iaitu:

  • Persediaan dari penampilan.
  • Suasana di hari temduga.
  • Persediaan untuk menjawab soalan.

1. Buat Persiapan Dari Penampilan.

Saya nak cerita pengalaman saya temuduga untuk jadi polis. Serius, pengalaman yang tak akan saya lupakan. Saya rasa sharing ni mungkin akan berguna untuk korang yang tengah aim untuk menjadi sebahagian dari PDRM.

Pertama sekali, saya mula dengan persiapan penampilan. Saya pastikan rambut saya kemas, pakai baju putih iron yang crisp, tali leher hitam, tali pinggang hitam, dan kasut kulit hitam yang dah saya polish sampai nampak berkilat. 

Stoking hitam jangan lupa pakai. Sebab masa temuduga saya tu, ada seorang calon yang lupa pakai stoking kena halau balik. Nampak tak kat situ, penampilan ni perkara yang penting kalau nak jadi polis. 

Sebab penampilan itu adalah reflect profesionalisme diri kita. Sama ada seorang berdisiplin ataupun tidak, dah boleh nampak daripada penampilan.

2. Suasana Hari Temuduga.

Hari temuduga tu, suasana memang mendebarkan. Ada tiga orang panel dan seorang setiausaha. Panel tu bukan pegawai biasa tau, semua pegawai-pegawai kanan polis, berpangkat tinggi.

Masa temuduga saya tu, panel temuduga ialah deputi komisioner, asisten komisioner, dan superintenden polis.

Dalam Satu Kumpulan.

Mereka akan panggil calon-calon masuk ke bilik temuduga secara berkumpulan. Satu kumpulan ada lima orang calon. Saya ada dengar jugak tempat lain calon dipanggil secara berseorangan. Mungkin lain tempat, lain tatacara temuduga kot.

Sebelum kami berlima masuk ke dalam bilik temuduga, setiausaha ada bagi penerangan sikit kepada kami berlima. Lebih kepada penerangan tatacara temuduga.

Kena Kawad

Part yang paling saya takkan lupa, kami berlima kena berkawad masuk ke dalam bilik temuduga. Korang bayangkan, kena berkawad, “dari kiri cepat jalan!” 

Saya pernah juga ada pengalaman pergi temuduga sebelum ini, tapi temuduga kali ini first time saya kena berkawad. Fuhh.. memang akan jadi kenangan untuk saya.

Bila dah masuk, kami kena bagi salam secara serentak. Lepas tu, panel mempersilakan kami untuk duduk. Cara duduk pun kena betul, badan kena tegak dan tangan kena letak atas peha. Tiba-tiba pulak rasa macam pengantin masa tu.

pengalaman temuduga polis

Kami lima orang diatur sebaris dengan menghadap tiga orang panel. Jarak antara panel dengan kami dalam lima meter. Masa tu rasa berdebar memang tak boleh nak cerita.

Saya rasa macam diri saya ni seorang penjenayah sedang disoal siasat masa dalam bilik temuduga tu. Dengan vibes polis yang terpancar dalam diri tiga orang panel tu, fuhh.. memang berpeluh.

3. Buat Persediaan Untuk Menjawab Soalan.

Untuk bahagian soalan, yang ni korang kena betul-betul prepare. Masa hari temuduga tu, saya ditanya kenapa nak jadi polis. Soalan macam ni korang kena jawab dengan penuh passion dan tunjukkan korang betul-betul serius nak jadi pegawai polis. 

Korang juga kena hafal semua pangkat dalam PDRM, semua jabatan yang ada, siapa ketua polis negara dan timbalan ketua polis negara terkini, serta ketua polis daerah korang. 

Dan yang penting, korang kena tahu visi dan misi PDRM dan apa isu semasa yang berkaitan dengan PDRM. Kalau korang boleh jawab kesemua soalan, ini membuktikan korang ini seorang calon yang  betul-betul berminat dan committed.

Kena On Point!

Pengalaman temuduga ni bukan hanya tentang bagaimana korang menjawab soalan, tapi bagaimana korang menunjukkan diri korang sebagai seorang yang layak untuk menjadi pegawai polis. 

Dari cara korang berpakaian, cara masuk ke bilik temuduga, sehinggalah bagaimana korang menjawab soalan, semuanya kena on point. 

Koleksi Soalan Temuduga Polis.

Saya ada sediakan 100 soalan temuduga yang pernah ditanya dalam sesi temuduga sebelum ini. Setiap soalan disertakan skrip jawapan yang mencerminkan seorang pegawai polis yang sebenar.

Sila klik butang di bawah untuk download ebook.

Ps.. Anda ada pertanyaan tentang pengalaman temuduga polis? Sila tinggalkan soalan di bawah ini. Dengan sepantas kilat saya akan menjawab pertanyaan itu.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.

The reCAPTCHA verification period has expired. Please reload the page.

Scroll to Top