Jika panel bertanyakan anda soalan “kenapa nak jadi polis?”, apakah jawapan yang meyakinkan akan anda berikan?
Nak tahu bagaimana nak jawab soalan seperti ini? Jom saya kongsikan kepada anda cara yang tepat untuk jawab soalan ini.
Bagi memastikan jawapan anda itu boleh meyakinkan panel temuduga, terdapat enam elemen perlu anda masukkan dalam skrip jawapan anda. Antaranya ialah:
Tonjolkan motivasi yang timbul daripada keinginan untuk berkhidmat dan melindungi masyarakat dan negara.
Ceritakan pendapat anda bagaimana dedikasi dan berani anggota polis dalam menjalankan tugas, yang menjadi inspirasi kepada anda untuk menjadi salah seorang daripadanya.
Ceritakan kerja polis sebagai tugas mulia untuk melindungi dan membantu orang lain, bukan hanya mengenai kuasa atau status.
Cuba tekankan kepentingan nilai ini dalam kerjaya polis dan bagaimana anda berharap untuk merealisasikannya melalui jawatan tersebut.
Tonjolkan sikap proaktif anda terhadap pembelajaran profesional, serta keberanian untuk menghadapi cabaran masa hadapan dalam jawatan ini.
Cuba tonjolkan keinginanan anda untuk menyumbang kepada masyarakat yang lebih selamat dan harmoni untuk semua.
Di bawah ini merupakan skrip jawapan lengkap dengan menggabungkan kesemua enam elemen di atas. Anda boleh sesuaikan skrip jawapan ini dengan diri anda sendiri.
Saya ingin menjadi polis kerana saya mempunyai keinginan mendalam untuk berkhidmat kepada masyarakat dan negara. Dari kecil, saya telah terinspirasi oleh pegawai polis dalam menegakkan keadilan, melindungi masyarakat, dan memastikan keselamatan awam.
Saya percaya dengan menjadi seorang pegawai polis, saya dapat memberikan sumbangan secara langsung dalam membentuk masyarakat yang lebih selamat dan harmoni.
Selain itu, saya tertarik dengan cabaran dan peluang pembelajaran yang ditawarkan oleh bidang ini. Saya bersedia untuk menghadapi situasi yang mencabar dan ingin mengembangkan kemahiran saya dalam penyelesaian masalah, komunikasi, dan kerjasama berpasukan.
Saya juga amat menghargai nilai integriti, keadilan, dan profesionalisme yang menjadi asas dalam perkhidmatan polis, dan saya berkomitmen untuk mematuhi nilai-nilai ini dalam menjalankan tugas.
Akhir sekali, saya ingin menjadi sebahagian dalam mengatasi isu-isu sosial dan jenayah di komuniti saya.
Saya ada sediakan 100 soalan temuduga yang pernah ditanya dalam sesi temuduga sebelum ini. Setiap soalan disertakan skrip jawapan yang mencerminkan seorang pegawai polis yang sebenar.
Sila klik butang di bawah untuk download ebook.
Ps.. Anda ada pertanyaan tips temuduga polis? Sila tinggalkan soalan di bawah ini. Dengan sepantas kilat saya akan menjawab pertanyaan itu.